0
[postlink]http://videoceritamelayu.blogspot.com/2010/08/filem-zoo-2010-good-quality.html[/postlink]http://www.youtube.com/watch?v=W4Mox9fiuOEendofvid [starttext]


ZOO merupakan sebuah filem aksi komedi fantasi yang mengisahkan seorang jejaka bernama Ad (Lan Pet Pet). Ad bersikap sedikit 'gila-gila' dan mempunyai minat yang mendalam terhadap haiwan.

Pada suatu hari ketika sedang menjual burger di hadapan Zoo, Ad secara tidak sengaja masuk ke sesi temuduga sebagai pengawal keselamatan, yang dibuat oleh pengurus di situ En. Din (Bob Leman). Ad mendapat jawatan tersebut dan dari saat itu bermulalah kisah Ad bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan.

Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada hari pertama rondaan Ad di zoo tersebut. Ad sendiri melihat haiwan-haiwan di situ seperti singa, gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegur Ad.

Pelakon: Mazlan Pet Pet, Lisa Surihani, Bob Lokman, Azlee Senario, Mie Raja Lawak, Angah Raja Lawak.

[endtext]

Filem Zoo - 2010 [Good Quality]

0
[postlink]http://videoceritamelayu.blogspot.com/2010/08/kumpulan-sepah-biar-betul-bendul-episod.html[/postlink]http://www.youtube.com/watch?v=P6EATIiPSrIendofvid [starttext]


Siri baru dari Astro Warna:
Biar Betul Bendul - Mengisahkan tentang tiga pemuda seorang bisu, seorang pekak dan seorang lagi buta. Mereka berusaha keras untuk memikat wanita idaman mereka. Pelbagai kisah lucu terjadi dalam usaha mereka itu.

Pelakon : Kumpulan Sepah, Shamira dan ramai lagi.

[endtext]

Kumpulan Sepah: Biar Betul Bendul - Episod 04 [Good Quality]

0
[postlink]http://videoceritamelayu.blogspot.com/2010/08/filem-kecoh-betul-2010-good-quality.html[/postlink]http://www.youtube.com/watch?v=tLip-ImCTLYendofvid [starttext]


Sinopsis: Filem komedi KECOH BETUL merupakan antara sebuah kisah kehidupan anak-anak muda hari ini. Mengisahkan tiga orang pemuda yang berkawan baik. Aiman, Montel dan Joe bekerja sebagai dispatch delivery order di sebuah restoran makanan segera di ibu kota.

Mereka berdepan dengan cabaran hidup di kotaraya. Kehidupan mereka dikelilingi dengan keseronokan. Cabaran hidup mereka, apabila keseronokan tidak dapat dinikmati kerana kekangan kewangan. Semuanya kerana wang, mereka sanggup melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang kerana wang. Tiga sahabat ini obses dengan motor. Kehidupan mereka juga tidak lari dari motor.

Ketiga-tiga mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial seperti merempit dan bersukaria. Walaupun begitu ada sesuatu yang menyebabkan Aiman tidak mahu berlumba lagi. Sehinggalah pada suatu hari mereka tidak dapat memenuhi tuntutan sosial mereka kerana masalah kewangan. Mereka terjebak di dalam kancah Ah Long apabila mereka mula meminjam duit dari Ah Long. Mereka telah terpedaya dengan iklan untuk mendapat duit dengan mudah dan cepat daripada Ah Long.

Dalam pada itu, mereka juga menghadapi konflik dalam diri mereka sendiri. Dalam mencari identiti diri sebenar mereka tidak dapat lari dari kancah percintaan. Aiman jatuh cinta dengan gadis yang pernah ditolongnya sebelum ini. Sandra seorang gadis yang hilang kasih sayang setelah kematian ibunya. Bapanya yang mempunyai masalah dalam perniagaan juga berhutang pada jumlah yang banyak dengan Ah Long sehingga dirinya terjual.

Semuanya menjadi kecoh, betul punya kecoh dan anda akan dapat merasai kekecohannya dengan menonton KECOH BETUL....

Pelakon: Saiful Apek, Nabil, Bell, Haryati Hamzah, Shah R., Vanessa Chong, Diana Danielle, Aziz Satar dan ramai lagi.

[endtext]

Filem Kecoh Betul - 2010 [Good Quality]

2
[postlink]http://videoceritamelayu.blogspot.com/2010/08/lagenda-budak-setan-series-ep-01-good.html[/postlink]http://www.youtube.com/watch?v=AUF5ocEIOuQendofvid [starttext]


Selepas kejayaan filem Lagenda Budak Setan, kisah cinta agung di antara Kasyah dan Ayu kini kembali dalam versi drama pula arahan Along Kamarudin.
Drama Lagenda Budak Setan The Series ini akan menemui penonton melalui saluran Astro Prima bermula 10 Ogos jam 10.30 malam.

Sinopsis:
Kisah ini bermula dengan kenakalan Kasyah (lakonan Farid Kamil), seorang pelajar nakal yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain bersama beberapa rakannya. Mereka sering dikenakan tindakan disiplin dan turut melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan.

Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru bernama Ayu (lakonan Maslina Nasir). Kehadiran Ayu di sekolah itu telah berjaya menambat hati dan perasaan Kasyah lalu membuatkan lelaki yang sebelum ini tidak pernah kenal erti kasih sayang jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula...

Pelakon: Farid Kamil (Kasyah), Maslina Nasir (Ayu), Jue Aziz (Emilia), Melissa Maureen Rizal (Katerina), Nas T (Azmi), Arifah Damanhuri (Mak Leha) dan Anne Ngasri (Suzana).

[endtext]

Lagenda Budak Setan The Series - Ep 01 [Good Quality]

0
[postlink]http://videoceritamelayu.blogspot.com/2010/08/aksi-arjuna-tv3-episode-11-good-quality.html[/postlink]http://www.youtube.com/watch?v=KfgOMhXrs9kendofvid [starttext]


Sutera merasa amat risau tentang Arjuna kerana Arjuna, Cempaka dan Jati tidak muncul di tempat pertemuan mereka yang sepatutnya. Lantas dia memarahi Satria Aduka kerana membenarkan mereka berpecah kepada 2 kumpulan.

Perbuatan Sutera itu disanggah oleh Suria kerana dia telah bertindak biadap terhadap Satria Aduka. Seterusnya berlakulah pertengkaran diantara Sutera dan Suria, sehingga Sutera mengambil keputusan meninggalkan kumpulan itu dan pergi mencari Arjuna seorang diri.

Arjuna, Cempaka dan Jati telah tersesat di dalam Hutan Hitam, malah mereka juga telah dipukau oleh Grakus. Begitu juga dengan Sutera yang telah dipukau, sehingga menyebabkan dia telah diculik oleh Grakus.

[endtext]

Aksi: Arjuna (TV3) - Episode 11 [Good Quality]

0
[postlink]http://videoceritamelayu.blogspot.com/2010/08/adnan-sempit-series-episode-18-good.html[/postlink]http://www.youtube.com/watch?v=kDuyXdJGCO4endofvid [starttext]


Pada episod 17 yang lepas, kehadiran Adnan ke kampung Eliza telah mendatangkan rasa tidak puas hati Pak Husin dan juga Bidin. Bidin adalah samseng di kampung Eliza dan dia bekerja memungut hutang untuk Pak Husin yang juga seorang bomoh.

Adnan telah berjanji kepada Eliza dia akan membongkarkan kerja-kerja syirik Pak Husin, yang kononnya boleh mengubati orang kampung. Tetapi hakikatnya hantu-hantu peliharaan dialah, yang selalu menggangu orang kampung termasuk emak Eliza.

Pak Husin telah berpakat bersama Bidin untuk menghapuskan Adnan, dengan menggunakan hantu-hantu peliharaannya. Bidin juga sebenarnya mempunyai hati kepada Eliza dan ingin mengahwininya, dia merasa amat marah kepada Adnan kerana beranggapan Adnan ingin merampas Eliza daripadanya.

Adakah dalam episod 18 ini, Adnan dapat menentang hantu-hantu peliharaan Pak Husin yang datang menyerangnya dan dapatkah Adnan menyelamatkan Eliza daripada Bidin??
Mari kita sama-sama saksikannya, selamat menonton & semoga terhibur...

[endtext]

Adnan Sempit The Series - Episode 18 [Good Quality]

0
[postlink]http://videoceritamelayu.blogspot.com/2010/08/filem-los-dan-faun-2008.html[/postlink]http://www.youtube.com/watch?v=z9c2yqdPvqUendofvid [starttext]


Sinopsis Filem Los Dan Faun [2008]:

Filem ini mengisahkan mengenai dua orang budak kampung seorang budak melayu dan seorang budak serani berketurunan Portugis, dari dua keluarga miskin di Melaka iaitu Carlos Rodrigo dan Ahmad Faun Bin Sulaiman.

Mereka telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari tempat mereka di dunia ini. Berbagai kerja mereka cuba lakukan tapi kejujuran Faun selalunya membuatkan mereka dipecat.
Tetapi semuanya berubah apabila Faun pada suatu hari telah membantu tuan empunya kedai yang baru saja memecat mereka, kehilangan dompet beliau lalu dibantu oleh Faun yang tahu dimana kedudukan sebenar dompet tersebut.

Kemahiran Faun didalam mencari benda-benda hilang dengan menggunakan 'power of deduction' telah membolehkan mereka membuka suatu perniagaan baru yang difikirkan oleh Los yang bijak dalam bidang pemasaran ini.
Perniagaan mereka makin maju hari demi hari, duit mencurah curah tiada henti mencari bantuan mereka.
Pengiklanan servis mereka yang pada mulanya hanya sekadar iklan kecil dalam surat khabar sehingga ke iklan di tv dan radio.

Pada suatu hari ada seorang Datin yang menonton iklan mereka memerlukan pertolongan Los dan Faun dalam menjejaki semula jam tangan yang telah hilang bernilai RM40 juta peninggalan suami beliau yang telah meninggal dunia.

Tapi dengan tiba-tiba kehebatan Faun dalam mencari klu-klu untuk menjejaki jam tersebut seolah tidak berjaya. Berjayakah Los dan Faun menjumpai jam tersebut dan menjadi jutawan seperti yang mereka impikan?

Barisan Pelakon:
Adlin Aman Ramli sebagai Faun dan Hans Isaac sebagai Los. Turut membintangi filem ini ialah Erra Fazira, AC Mizal, Noor Khiriah, Khir Rahman, Ida Nerina, Stephen Rahman Hughes ,Soffi Jikan dan Afdlin Shauki.

[endtext]

Filem Los Dan Faun 2008

0
[postlink]http://videoceritamelayu.blogspot.com/2010/08/aksi-arjuna-tv3-episode-10-good-quality.html[/postlink]http://www.youtube.com/watch?v=zDJO4uWzPa0endofvid [starttext]


Setelah kematian Pendita Dzulkarnain. Satria Aduka menyuruh semua Pendekar Sakti membuat persiapan untuk ke Sarang Grakus. Dalam masa yang sama, Grakus juga telah menghantar konco-konconya untuk pergi bertempur dengan Pendekar Sakti.

Ketika dalam perjalanan Suria telah cedera akibat mengalami kemalangan, mujurlah Jati berjaya menyembuhkan kecederaan Suria dengan segera.

Namun dipertengahan jalan, mereka terpisah kepada 2 kumpulan kerana Arjuna dan Jati menemani Cempaka yang terlalu keletihan. Disebabkan Arjuna memberi lebih perhatian kepada Cempaka, maka ini menyebabkan Sutera berasa marah dan cemburu terhadap Cempaka.

[endtext]

Aksi: Arjuna (TV3) - Episode 10 [Good Quality]

0
[postlink]http://videoceritamelayu.blogspot.com/2010/08/httpwww.html[/postlink]http://www.youtube.com/watch?v=hzRf_ZP90DIendofvid [starttext]


Siri baru dari Astro Warna:
Biar Betul Bendul - Mengisahkan tentang tiga pemuda seorang bisu, seorang pekak dan seorang lagi buta. Mereka berusaha keras untuk memikat wanita idaman mereka. Pelbagai kisah lucu terjadi dalam usaha mereka itu.

Pelakon : Kumpulan Sepah, Shamira dan ramai lagi.

[endtext]

Kumpulan Sepah: Biar Betul Bendul - Episod 03 [Good Quality]

0
[postlink]http://videoceritamelayu.blogspot.com/2010/08/takdir-cerekarama-tv3.html[/postlink]http://www.youtube.com/watch?v=cOLfcNEYvN0endofvid [starttext]


Slot : Cerekarama TV3 pada 31 Julai 2010

Sinopsis: TAKDIR mengisahkan Azman yang ingin memperisterikan Nurul, kekasih hatinya. Tetapi ibu dan ayah Nurul tidak suka kepada Azman, lantas meletakan syarat wang hantaran yang terlalu tinggi, agar Azman menarik diri.

Tetapi kerana terlalu sayangkan Nurul, Azman sanggup menerima syarat tersebut walaupun hakikatnya dia tidak mampu. Selepas itu bermulalah kisah bertapa susah payahnya Azman, ingin mendapatkan wang hantaran tersebut.

Sehinggalah pada suatu hari, Azman secara tidak sengaja menemui cara mendapatkan duit tersebut tetapi dengan syarat dan perjanjian yang lebih berat dan membebankan kepala Azman.

Mari kita sama-sama saksikan apakah kesudahan kisah cinta Azman dan Nurul...

Pelakon: Shaheizy Sam, Marsha, Rafidah Ibrahim, Kaza dan ramai lagi.

[endtext]

Takdir - Cerekarama TV3

0
[postlink]http://videoceritamelayu.blogspot.com/2010/08/adnan-sempit-series-episode-17-good.html[/postlink]http://www.youtube.com/watch?v=XX8Td6kxprkendofvid [starttext]


Pada episod 16 yang lepas, Adnan telah menyelamatkan seorang gadis kampung (Eliza) dari menjadi mangsa seorang ibu ayam (Mak Bayah). Selepas itu Adnan membawa Eliza untuk mendapatkan pertolongan daripada Tok Dukun yang memberi "tangkal" kepadanya sebelum ini.

Tok Dukun itu menyuruh Eliza supaya mandi bunga di rumahnya, akan tetapi Tok Dukun telah berniat jahat untuk mencabul Eliza ketika dia sedang mandi. Sekali lagi Adnan telah menyelamatkan Eliza daripada perbuatan Tok Dukun itu, dan selepas itu Adnan pun menghantar Eliza pulang ke kampung halamannya.

Adakah kehadiran Eliza dapat mengubati hati Adnan yang kecewa dengan Nadia sebelum ini??
Mari kita sama-sama saksikan kisah Adnan seterusnya di dalam episod 17 ini.
Selamat menonton & semoga terhibur...

[endtext]

Adnan Sempit The Series - Episode 17 [Good Quality]

0
[postlink]http://videoceritamelayu.blogspot.com/2010/08/aksi-arjuna-tv3-episode-09-good-quality.html[/postlink]http://www.youtube.com/watch?v=M_aMKAYx8Jcendofvid [starttext]


Dugaan Arjuna ketika bertapa di dalam hutan semakin hebat. Dia didatangi jelmaan ibu dan bapanya yang cuba menggagalkan usaha melengkapi latihan kesaktiannya dan juga jelmaan Lang Kajai yang cuba membunuhnya.

Sementara itu, Grakus menyerang Pendita Dzulkarnain yang diracun secara batin. Pendita Dzulkarnain gagal menghalang serangan Grakus kerana dirinya semakin lemah.

Grakus memang bijak, kerana menghantar Nading membuat kacau di Permaustatinan Dzulkarnain untuk mengalihkan perhatian mereka daripada Pendita Dzulkarnain. Hasilnya, Pendita Dzulkarnain cedera teruk sehingga nazak.

Ketika di hutan, Arjuna mendapat "lintasan" tentang keadaan yang menimpa Pendita Dzulkarnain, lantas dia pun segera pulang ke Bandar DiRaja.

[endtext]

Aksi: Arjuna (TV3) - Episode 09 [Good Quality]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Watch | Video Cerita Melayu | Malaysia

Sila Click Follow