Filem Los Dan Faun 2008

[postlink]http://videoceritamelayu.blogspot.com/2010/08/filem-los-dan-faun-2008.html[/postlink]http://www.youtube.com/watch?v=z9c2yqdPvqUendofvid [starttext]


Sinopsis Filem Los Dan Faun [2008]:

Filem ini mengisahkan mengenai dua orang budak kampung seorang budak melayu dan seorang budak serani berketurunan Portugis, dari dua keluarga miskin di Melaka iaitu Carlos Rodrigo dan Ahmad Faun Bin Sulaiman.

Mereka telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari tempat mereka di dunia ini. Berbagai kerja mereka cuba lakukan tapi kejujuran Faun selalunya membuatkan mereka dipecat.
Tetapi semuanya berubah apabila Faun pada suatu hari telah membantu tuan empunya kedai yang baru saja memecat mereka, kehilangan dompet beliau lalu dibantu oleh Faun yang tahu dimana kedudukan sebenar dompet tersebut.

Kemahiran Faun didalam mencari benda-benda hilang dengan menggunakan 'power of deduction' telah membolehkan mereka membuka suatu perniagaan baru yang difikirkan oleh Los yang bijak dalam bidang pemasaran ini.
Perniagaan mereka makin maju hari demi hari, duit mencurah curah tiada henti mencari bantuan mereka.
Pengiklanan servis mereka yang pada mulanya hanya sekadar iklan kecil dalam surat khabar sehingga ke iklan di tv dan radio.

Pada suatu hari ada seorang Datin yang menonton iklan mereka memerlukan pertolongan Los dan Faun dalam menjejaki semula jam tangan yang telah hilang bernilai RM40 juta peninggalan suami beliau yang telah meninggal dunia.

Tapi dengan tiba-tiba kehebatan Faun dalam mencari klu-klu untuk menjejaki jam tersebut seolah tidak berjaya. Berjayakah Los dan Faun menjumpai jam tersebut dan menjadi jutawan seperti yang mereka impikan?

Barisan Pelakon:
Adlin Aman Ramli sebagai Faun dan Hans Isaac sebagai Los. Turut membintangi filem ini ialah Erra Fazira, AC Mizal, Noor Khiriah, Khir Rahman, Ida Nerina, Stephen Rahman Hughes ,Soffi Jikan dan Afdlin Shauki.

[endtext]

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

COMMENT POLICY
Comments on this blog are made DOFOLLOW for the Google Spiders.
Comments are moderated.
Spam will not be tolerated.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Watch | Video Cerita Melayu | Malaysia

Sila Click Follow