2
[postlink]http://videoceritamelayu.blogspot.com/2011/02/filem-khurafat-perjanjian-syaitan.html[/postlink]http://www.youtube.com/watch?v=9COoZfWNoH0endofvid [starttext]





“KHURAFAT - Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan. Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama. Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?

Pelakon : Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Md Eyzendy, Fauziah Nawi, Mariani, Latif Borgiba, Salina Saibi

[endtext]

Filem Khurafat: Perjanjian Syaitan 2011

0
[postlink]http://videoceritamelayu.blogspot.com/2011/02/lagenda-budak-setan-series-ep-25-akhir.html[/postlink]http://www.youtube.com/watch?v=Wk-Xc_p1rAIendofvid [starttext]



Selepas kejayaan filem Lagenda Budak Setan, kisah cinta agung di antara Kasyah dan Ayu kini kembali dalam versi drama pula arahan Along Kamarudin.
Drama Lagenda Budak Setan The Series ini akan menemui penonton melalui saluran Astro Prima bermula 10 Ogos jam 10.30 malam.

Sinopsis:
Kisah ini bermula dengan kenakalan Kasyah (lakonan Farid Kamil), seorang pelajar nakal yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain bersama beberapa rakannya. Mereka sering dikenakan tindakan disiplin dan turut melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan.

Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru bernama Ayu (lakonan Maslina Nasir). Kehadiran Ayu di sekolah itu telah berjaya menambat hati dan perasaan Kasyah lalu membuatkan lelaki yang sebelum ini tidak pernah kenal erti kasih sayang jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula...

Pelakon: Farid Kamil (Kasyah), Maslina Nasir (Ayu), Jue Aziz (Emilia), Melissa Maureen Rizal (Katerina), Nas T (Azmi), Arifah Damanhuri (Mak Leha) dan Anne Ngasri (Suzana).

Captured by dimensi from torrent.jiwang.cc

[endtext]

Lagenda Budak Setan The Series Ep 25 (Akhir)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Watch | Video Cerita Melayu | Malaysia

Sila Click Follow