Filem Kecoh Betul - 2010 [Good Quality]

[postlink]http://videoceritamelayu.blogspot.com/2010/08/filem-kecoh-betul-2010-good-quality.html[/postlink]http://www.youtube.com/watch?v=tLip-ImCTLYendofvid [starttext]


Sinopsis: Filem komedi KECOH BETUL merupakan antara sebuah kisah kehidupan anak-anak muda hari ini. Mengisahkan tiga orang pemuda yang berkawan baik. Aiman, Montel dan Joe bekerja sebagai dispatch delivery order di sebuah restoran makanan segera di ibu kota.

Mereka berdepan dengan cabaran hidup di kotaraya. Kehidupan mereka dikelilingi dengan keseronokan. Cabaran hidup mereka, apabila keseronokan tidak dapat dinikmati kerana kekangan kewangan. Semuanya kerana wang, mereka sanggup melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang kerana wang. Tiga sahabat ini obses dengan motor. Kehidupan mereka juga tidak lari dari motor.

Ketiga-tiga mereka terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial seperti merempit dan bersukaria. Walaupun begitu ada sesuatu yang menyebabkan Aiman tidak mahu berlumba lagi. Sehinggalah pada suatu hari mereka tidak dapat memenuhi tuntutan sosial mereka kerana masalah kewangan. Mereka terjebak di dalam kancah Ah Long apabila mereka mula meminjam duit dari Ah Long. Mereka telah terpedaya dengan iklan untuk mendapat duit dengan mudah dan cepat daripada Ah Long.

Dalam pada itu, mereka juga menghadapi konflik dalam diri mereka sendiri. Dalam mencari identiti diri sebenar mereka tidak dapat lari dari kancah percintaan. Aiman jatuh cinta dengan gadis yang pernah ditolongnya sebelum ini. Sandra seorang gadis yang hilang kasih sayang setelah kematian ibunya. Bapanya yang mempunyai masalah dalam perniagaan juga berhutang pada jumlah yang banyak dengan Ah Long sehingga dirinya terjual.

Semuanya menjadi kecoh, betul punya kecoh dan anda akan dapat merasai kekecohannya dengan menonton KECOH BETUL....

Pelakon: Saiful Apek, Nabil, Bell, Haryati Hamzah, Shah R., Vanessa Chong, Diana Danielle, Aziz Satar dan ramai lagi.

[endtext]

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

COMMENT POLICY
Comments on this blog are made DOFOLLOW for the Google Spiders.
Comments are moderated.
Spam will not be tolerated.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Watch | Video Cerita Melayu | Malaysia

Sila Click Follow